Dalam agama Islam, Asmaul Husna (bahasa Arab:
اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para
ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul
perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan
1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT
yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.
Asmaul Husna bermaksud dari segi
bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan
sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu
kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan
pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Para ulama berpendapat bahwa
kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini,
masyarakat Muslim
tidak akan mudah menulis “Allah adalah …” kerana tiada satupun yang
dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang
disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang
dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar
kata-kata itu.
Para ulama menekankan bahwa Allah
adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak
hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi
juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan
Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu
nama-nama yang baik.
Dalil
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8) Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110)
Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari.
Nama
orang
Menurut tradisi Islam, seseorang Muslim
tidak akan diberi nama menyerupai nama Allah dalam bentuk yang sama-contohnya
Al Malik, tetapi boleh dipanggil Malik.
Bagaimanapun nama/sifat Allah boleh
digabungkan dengan perkataan “Abdul -” yang bererti hamba (contohnya. – kepada
Allah) dan biasa digunakan sebagai nama orang bagi orang Muslim. Sebagai contoh
‘Abdul ar-Rahman (“hamba kepada Tuhan Yang Maha Pengasih”).
FADHILAT ZIKIR
ASMAUL HUSNA
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w
bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa
yang menghafalnya akan masuk syurga.” dari Sahih Bukhari.
FADHILAT ZIKIR
ASMAUL HUSNA
Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku
Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran,
(susunan : Abu Nur Husnina, keluaran
Pustaka Ilmi).
1. “Ya
Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat
tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam
mencapai segala yang dihajati.
2. “Ya
Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita
akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang
dengan izin Allah.
3. “Ya
Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan
mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta
& kasih serta sayang terhadap kita.
4. “Ya
Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan
mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. “Ya
Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir
matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong,
iri hari, dengki dll.
6. “Ya
Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita
akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat
& sejahtera.
7. “Ya
Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga
& segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala
macam gangguan yang merosakkan.
8. “Ya
Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak,
Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. “Ya
‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita
akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10. ”Ya
Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan
menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. “Ya
Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan
bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi
pembantu yg setia.
12. ”Ya
Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin
otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak
kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13. ”Ya
Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca
sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari
kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14. ”Ya
Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka
cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.
Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir”
sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang
suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama
3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x,
InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15. ”Ya
Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah
zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16. ”Ya
Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan
dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang
selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah
solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala
kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan
sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan
rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!!
tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah
selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah
menerima nasihat agama.
20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap
kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang
sempurna.
21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari,
maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk
ancaman.
22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau
mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan
memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi
murah.
23. “Ya
Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk
& tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila
mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang
atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai
atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. “Ya
Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi
kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. “Ya
Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang
kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar
& membayar hutangnya kembali.
27. “Ya
Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita
tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi
sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x
sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak
& selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. “Ya
Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci,
InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama
& membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. “Ya
Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu,
InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. “Ya
Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi
para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris
& maju.
32. “Ya
Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang
teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya
ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. “Ya
Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka
yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja,
InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau
diungkit-ungkit atau tergugat.
34. “Ya
‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian
ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin
Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. “Ya
Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan
mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan
diterima taubatnya oleh Allah.
36. “Ya
Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan
terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.
Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. “Ya
‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini
sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam
pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama
kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.
InsyaAllah mujarab.
38. “Ya
Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara
sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari
berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah
sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. “Ya
Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari
gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. “Ya
Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam
hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan,
maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat &
segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. “Ya
Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir
ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib,
InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. “Ya
Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan -
perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari
kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya
dengan izin Allah.
43. “Ya
Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di
akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk
tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada
Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x
setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di
tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun
gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….
45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat
yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima
Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh.
Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. “Ya
Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap
pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan
Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita
dari hasad dengki sesama makhluk.
47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja
yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi
cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah
sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000
x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib
baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan
harmoni.
49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di
mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati &
khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x,
sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.
InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita
sebagai ketua keluarga.
50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan
meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan
ilmu & hikmah.
51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota
keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319
x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar &
berubah perangainya.
52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam
menjalankan perintah Allah.
53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang
disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan
zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti
sediakala.
54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin
agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun
berdepan dengan si zalim.
55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak
mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan
kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang
jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak
mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari
sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai
pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan
diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah
(muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita
rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari.
InsyaAllah….
60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang
menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari
sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x
setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia &
akhirat kelak.
62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir
ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan
sebagainya.
63. “Ya
Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan,
perbanyakkanlah zikir ini.
64. “Ya
Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi
harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang
hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai
segala hajat.
65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian
yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan
zikir ini.
66. “Ya
Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap
hari.
67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum
mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir
ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu
bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya
Allah…
68. “Ya Samad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat
atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak
mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu
namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari,
Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang
dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan
zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini
akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali
Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak
184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.
72. “Ya
Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah
zikir ini.
73. “Ya
Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x
sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu
rezeki yang halal.
75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak
1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan
membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi
kefahaman ilmu.
76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi
amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap
pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat,
iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu
memperbanyakkan zikir ini
78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan
berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar
untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.
InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang
penting-penting akan berhasil.
79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak
mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana
dengan mudah.
80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat
dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya
dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan
orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka
hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat
fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir
ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya
disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini
seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau
ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat,
hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu
& 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat
pertolongan Allah.
85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir
ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan
tercapai dengan pertolongan Allah.
86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini
mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil
kepada mereka yang mengamalkannya.
87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga
kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak
mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut.
Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang
singkat.
88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap
hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil
& kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang
bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan
zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari,
InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat
angkara.
91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam
ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi
& telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini
sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan
cepat sembuh.
92. “Ya
Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini
setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang
yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad
As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi
apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak,
maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam
perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon
petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan
diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan
yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya &
berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat
fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita
berjaya & berjalan lancar.
96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak
mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua
perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas,
perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak
500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu
berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini
sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk
sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam
golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,
nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh
Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan.
Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha
& upaya akan mencapai kejayaan.